BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

senyum selalu mesti mendatangkan tuah...

Sunday, February 9, 2014

Setelah 3 Tahun

Dah lama aku tak upload ape-ape dalam blog aku. Pejam celik pejam celik dah 3 tahun. Banyak benda yang terjadi dalam 3 tahun ni...aku kenal cinta aku putus cinta dan aku bercinta putus lagi tapi itu semua pengalaman. Mungkin memang aku tak sesuai untuk bercinta la kan. Lupakan aja pasal cinta ni.

Selain pengalamam bercinta aku jugak accident parah la jugak aku kena buat pbedahan letak plate kat bahagian litut aku. Hampir sebulan jugak aku dekat hospital. Memang bosan tak terkatalah. Orang sebelah katil aku bersilih ganti. Macam-macam aku tengok. Masa aku accident aku baru balik kerja kat area jalan duta. Bulan puasa tak pe lah semua dugaan. Aku terima dengan redha. Seminggu nak raya aku keluar wad (2012).

Sepanjang aku tak bekerja aku dok rumah je la. Bosan tak payah nak cakap lah. Memamg aku asyik buat perangai je bila bosan. Cepat je naik angin. Nasiblah mama besabar gan perangai aku ni. Bila dok rumah keje aku online je la. Facebook,twitter dua benda ni aku selalu tengko and one day dah bosan sangat aku pon upload tagged. Di tagged aku kenal someone yg aku panggil "cinta" sampailah sekarang. Dah hampir 2 tahun pekenalan kami. Walaupun jodoh tak panjang dengan dia tapi aku redha kali ini mungkin cinta bukan untuk aku. Banyak kenangan yang aku tak akan lupakan. Sebab dia aku berusaha untuk aihat kembali dan meneruskan hidup aku yang pernah gagal sekali. Aku bamgkit teruskan hidup. Hampir 2tahun banyak yang aku dan dia tempuhi. Itu membuatkan kami bertahan.

30 jan 2014 aku dah dia berpisah. Kami berpisah cara baik. Tak ada gaduh ke apa. Kami berbincang mungkin jodoh aku dengan dia tak panjang. Aku terima segalanya. Kadangkala ada timbul perasaan rindu aku cuba pendam dan biasakan hari-hari aku hidup tanpa dia. Kadangkala hati aku terasa sunyi tapi aku sibukkan diri aku dengan kerja. Aku tak mahu fikirkan tentang dia. Kadang-kadang aku ada jugak tengok gambar-gambar dia dan stalker fb and twitter dia. Kata member-member aku "ko ni meroyan ek?" Peduliklah ape orang nak kata. Dah aku rindu nak buat macam mana. Aku akan teruskan juga hidup aku tanpa cinta bersama hari-hari aku. Untuk cinta b harap cinta akan terus berusaha belajar. B nak tengok cinta berjaya nanti bila dah berjaya boleh tolong mak gan abah.


0 comments: