BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

senyum selalu mesti mendatangkan tuah...

Friday, February 4, 2011

mEstUrbaTioN iN sHoWErs....

ish...ape lah tajuk entry ni bahaya sangat ni...tapi inilah hakikatnya...semalam tengah-tengah tak dapat tidur aku pon layanlah main internet...search sana search sini and aku jumpa lah benda ni....


kelakar weh sekali baca....memang hampeh lah....cuba korang sprong surat ni betul-betul...fahamkan....
tah apa-ape je...memang terbaik lah....

untuk baca surat ni just click je kat pic surat ni

Saturday, December 4, 2010

Tercipta untukku

Hari ini sama seperti hari2 yang lain.Tiada keistimewaan. Tiada kelebihan. Sama saja. Hari demi hari aku seperti mengheret kaki menggagah peredaran masa. Kadang2 aku tertanya, is it just me or ada juga yang seperti aku. Kesunyian adalah suatu yang tidak asing bagi aku. Seolah2 kembar yang setia menemani aku saban hari kehidupan aku. Haih, kehidupan aku tak banyak berubah dari dulu. Setiap hari pergi kerja dari pagi dan pulang waktu petang dan tidur bila malam. Aku harap kehidupan ini akan berubah. Mungkinkah manusia seperti aku ini akan dapat kehidupan yang lebih bererti?? Itulah doaku setiap hari…..

Truttt…truuuuttt…trutttt… Sedang aku melayan perasaan aku, handphone aku berbunyi..

“Hm… sapa pulak yang telefon ni…tak kenal number nih..” Aku menjawab panggilan tersebut. Panggilan yang bakal mengubah hidupku. Yang menjadikan hidupku bukan seperti biasa. Yang mengubah takdirku......

“hello…Mus..Mus ke tu?” kedengaran suara si pemanggil. Aku tak cam suara ini.

“ya. Mus sini. Siapa tu ya?” hairan. Kaget. Pelik. Risau jugak…

“ Mus…Its me..Abg Mil…”

Mendengarkan nama itu menggegarkan jiwa aku… Serta merta aku menjadi tak keruan. Abg Mil??? Apa dia mahu. Kenapa dia contact aku balik. Apa dia mau?? Hati aku tertanya2. Pun begitu mulutku membisu. Aku mengawal perasaan yang semakin bercelaru dlm jiwa. Lantas aku matikan telefon bimbitku.

Aku tersandar di birai katil. Hairan.Hairan.Hairan!! Kenapa dia cari aku balik. Apa dia mau. Aku ada hutang dengan dia ke?? Berani dia call aku lagi!! Dialah punca aku merana. Dia yang aku pernah kenal telah hancurkan hati aku dan segala perasaan cinta atau at least aku percaya ada cinta suci… dia yang musnahkan itu!!! Aku benci sangat-sangat dengan manusia itu. Aku tak pernah maafkan dia. Lama aku ambil masa untuk merawat hati yang telah dia remukkan. Hingga sekarang masih berbekas. Kerana dia aku jadi begini. Kerana dia hidupku jadi begini sehingga kini. Jadi apa syaitan itu mahu lagi dari aku??? Kemarahan membuak-buak dalam sanubari aku. Badan bergetar menahan perasaan. Tak semena-mena air mata mula berjuraian jatuh. Aku hanyut dalam perasaan aku sendiri. Hanyut dalam kebencian yang telah lama aku lupakan. Arrrghhh..kenapa aku perlu menangis. Stop it! Stop it!! Aku takkan biarkan kau musnahkan hidup aku lagi!!

“Uve got messages!!” handphone ku mengeluarkan suara isyarat sms. Menyedarkan aku dari gelora emosi aku…

“Mus, how r u? Sorry if abg menggangu? I just wndring how u r rite now? Mus, there r so many things abg nak gtau. But I dnt know whr to start..Abg berdosa pada mus. Abg nak minta maaf…..

Maaf???? Maaf??? Bangsat sungguh jantan nih!! Senang2 aje kau nak minta maaf?? Macam itu je? Kau dah musnahkan hidup aku. Maaf?? Sumpah sampai kiamat skali pun aku tak ampunkan kau, jahanam!!

“Jangan ganggu hidup aku lagi! Aku takkan maafkan apa yang dah kau buat pada aku! Go to hell!! Aku lantas membalas sms itu. Perasaan benci menguasai diri aku….

“Mus, u hav evry rite 2 b mad at me. Abg mmg byk sgt salah pd mus. I am really sorry. Abg nak minta maaf..”

Air mata aku mengalir deras. Badan aku bergetar-getar menahan rasa geram dan marah yang lama terbuku dalam lubuk hati ku. Begitu mudah kau nak minta maaf. Kau tahu kah apa yang dah aku lalui selama ini?!! Aku tersengguk- sengguk membiarkan segala emosi meruntuk kewarasan fikiranku.

....................

Pagi ini aku bagun dengan rasa yang sangat berat di dadaku. Aku rasa lemah dan tak bermaya. Apa yang berlaku semalam benar-benar memberi kesan kepada aku. Segala luka yang terpendam merasa perit kembali. Hanya dengan satu panggilan, aku jadi tak keruan semalaman.

“Uve got message!!” Handphone berbunyi memecah kesunyian pagi.

“Salam mus. Good morning. Abg mil harap mus ok. Have a good day ok. I know u must be wondering why suddenly abg mil contact mus balik after all that ive done to u. Mus, frankly… Abg nak minta second chance dari mus… Abg nak tebus salah abg pada mus… Abg nak betulkan semua kesilapan abg… Abg tau mus tersiksa kerana abg.. Abg nak betulkan balik mus..”

Aku terkedu bile aku baca sms dia. Berulang kali aku baca. Cuba merungkai apa helahnya kali ini. Aku pelik mengapa dia mahu peluang kedua dengan aku. Ku lihat wajahku di cermin. Aku biasa saja. Bukannya drop dead gorgeous. Dia boleh saja mulakan hidup dengan orang lain. Why me. Apa muslihat dia???

“Aku happy sekarang. Aku tak perlu sesiapa dlm hidup aku. Tlg jgn ganggu aku lagi..” Jujurkah aku dengan reply ini. Gembirakah aku??

“Mus, abg tau mus x gembira. Abg tau mus merana. Abg tau ini salah abg. Abg tau abg hancurkan hidup mus bila abg tinggalkan mus dulu… Abg, mohon pada mus, berikanlah kesempatan untuk abg minta maaf. .Please mus, abg betul2 ikhlas. Maafkanlah abg”..

Maaf?? Maaf????? Aku tersentak sendirian. Maaf adalah suatu yang asing bagi dia dulu. Sepanjang aku kenal dia dulu. Tak pernah skali dia sebut maaf atau sorry. Tak pernah dia minta maaf pada aku dulu, atau mengaku kesilapannya. Jika dia membuat salah, dia akan mendiamkan diri saja, seolah tiada apa yang berlaku. Akulah yang akan terhegeh-hegeh cuba mengambil hatinya. Dia jua tak pernah membahasakan dirinya sebagai abg. Betulkah dia sudah berubah. Well, people could change. Apa yang dah jadi pada dia?? Biar betul dia nih. Apa muslihat dia ??

Trruuuutt…ttrruutt..ttrruuuuttt….

Handphone ku berbunyi mengejutkan aku. Dia call pula?? Macam mana ni?? Angkat? Tak angkat? Angkat?? Tak?? Macam mana ni????? Ahh lantaklah!!

Klik..

“Hello…” Aku tak tahu kenapa aku masih mampu untuk menjawap panggilannya. Tapi semestinya aku tak memafkan dia. Aku masih benci dia. AKu Cuma nak tahu apa dia nak sebenarnya.

“ Mus.. Please listen to me. Abg tahu mus benci abg. Abg tahu abg banyak bersalah, berdosa pada mus. Abg tahu abg dah hancurkan hidup mus. But please listen to me mus. Im so so sorry. Abg minta maaf sangat atas perbuatan abg dulu. Abg nak mus tahu abg dah berubah. Im not the same old Chamil that u knew. And I want to correct my mistake to u. Abg minta mus tolong beri abg satu saja lagi peluang. Abg janji.. Abg janji mus akan tahu niat abg nanti. Abg janji abg akan betulkan semua sengsara yang dah abg bagi pada mus. Abg janji mus…. Abg, abg sayang mus….”

Klik. Aku matikan handphoneku. Saat itu aku rasa gusar. Pelbagai rasa dan emosi menerjah hatiku. “ Abg syang mus…” bergetar suaranya saat dia mengucapkan ayat ini. Aku seakan-akan buntu, tak percaya dengan apa yang aku dengar. Semuanya sangat asing bagi aku. Sepanjang aku kenali dia, dia tak pernah ucapkan maaf atas salahnya, tak pernah merendah diri atau mengaku keegoannya dan dia tak pernah berjanji apa-apa pada aku. Yang paling aku kesalkan, dia tak pernah sekali pun mengucapkan sayang atau cintanya pada aku…. Kini aku dengar segala yang aku pernah ingin sangat dengar dari dia. Aku bertambah gusar dan celaru. Apa dah jadi sebenarnya pada dia. Benarkah dia dah berubah??

‘Uve got message” Dia sms pula. Hmm..lain sungguh gaya dia ni..

“ Mus, please.. Abg merayu. Pls. Just see me for once. Skali sj. Please mus. Anytime. Anywhere. I need to see u. Abg mohon mus…..”

Macam mana ni????? Nak jumpa pula??? Dia dah gila???

Tak dapat aku bendung rasa gelisah yang aku rasakan. Semuanya serba tak kena. Berdiri salah, duduk salah, berjalan rasa kekok. Udara aircond yang sepatutnya sejuk dan menyamankan langsung tidak dapat membantu segala macam rasa yang terbuku di hatiku. Gila! Gila! Kau memang dah gila!! Aku menyeranah diriku. Kenapalah aku boleh lembut hati nak reply sms nak jumpe kat the Mall nih. Aku tak lupa apa yang telah dilakukan pada aku. Tak mungkin sama sekali. Tapi kali ini aku rasa sgt berlainan. Seolah ini adalah satu tindakan yang wajar tapi diluar kewarasan.Masakan orang lain sanggup nak jumpa balik dengan orang yang dulunya telah memusnahkan hidupnya. Mataku terkebil-kebil memandang kiri kanan cuba mencari dia. Hatiku semakin berdebar-debar.

“ Hmm..kenapa aku perlu rasa takut? Apa yang dia boleh buat kat aku? Kalau dia mengganas aku jerit je lah… Ke dia ada nak minta balik apa2 yang dia beri pada aku dulu? Tapi dia hanya bagi aku kesedihan dan kesengsaraan saja. So jangan takut. Ini masa aku nak ajar dia. Dia ingat aku kemaruk sangat nak dia?? Apa dia ingat takda jantan lain yang lebih hensem dari dia?? Apa dia ingat dia best sangat??!! Piirahhh!!! Aku cuba menpsiko diriku…

“Siaplah kau , Chamil!!”

“Mus…..”

Aku terkedu mendengar sapaan itu. Seraya itu aku rasa bahuku dipegang dari belakang. Lantas aku memusingkan badanku…..

Inilah kali pertamanya kembali aku bertentang mata semula dengannya setelah empat tahun dia meninggalkan aku. Aku seperti gugup bila dia merenung dalam-dalam ke mataku. Matanya redup dan Nampak ikhlas. Tidak seperti dulu yang selalu Nampak egois. Kemudian dia memberikan aku satu senyuman. Betulkah Chamil ini?? Wajahnhya sama tapi nampak sangat berbeza. Langsung tak sama seperti chamil yang aku pernah kenali. Dan senyumannya kali ini penuh keikhlasan. Sememangnya Chamil, apa dah jadi pada kau????

“Mus ok??.. Dah lama tunggu abg? Sorrylah traffic heavy tadi..” Sekali lagi aku terkedu. Lantas aku alihkan pandanganku ke arah lain. Jantungku semakin berdebar-debar.

“Err tak..taklah..mus tak lama tunggu.” Aku tergagap-gagap menyusun ayat yg tunggang langgang. What?? MUS?? MUS tak lama tunggu?? Kenapa tetibe aku boleh membahasakan diriku sebagai MUS pulak ni???!! Adusss..

“Get aaaa grripp!!” aku memarahi diriku.

“jum ke KR”.. Stands for Kenny Rogers. Adakah dia sengaja memilih Kenny rogers semata maju membangkitkan kenangan lama. Atau dia just pick up randomly. Well, kami memang stands not far from the restaurant anyway. Or dia masih tahu aku suka makan Kenny rogers. Aku hanya mengikutinya dari belakang. Tiada sepatah perkataan yang kami bualkan.

“For 2 please..” dia memberitahu waiter boy yang dari jauh sudah tersengih-sengih kepada kami. Well, this is new. Dulunya, dia hanya akan menonong masuk, and terus duduk dekat mana yang dia suka. Dalam erti kata lain, dia buat restoran tu tempat mak bapak dia. This time around, he is so polite. Minta dengan sopan. Hm musykil..musykil…

Sementara menanti menu, aku hanya membatukan diri. Frankly, aku tak tahu apa nak kata padanya. Sekejap aku melihat jam di tanganku, Sekejap aku melihat-lihat orang disekeliling, kemudian aku alihkan pandangan aku pada gambar-gambar yang tergantung di dinding seolah “menikmati keindahan Kenny Rogers”. Aku langsung tidak dapat bertembung mata dengannnya. Sedari tadi aku lihat dia hanya memandang aku. Nak buat macam mana ni??

“Mus…Musa pa khabar skrg?” dia memecah kesunyian antara kami..

“Ok… Cam biasa…Nothing much.” Aku tak tahu apa nak bagitau. Should I just be frank and scream at him “ uve ruined my life and now u’re asking how am I doing??? Seriusly??? Do u think im celebrating glory???”…Aku masih tidak melihat wajahnya. Aku hanya memandang ke bawah…

“Mus..Abg..”

Sebelum sempat dia sempat mengucapkan kata-katanya menu kami pun sampai. Aiihh.. kacau la budak nih. Entah mengapa aku rasa dia ada benda yang nak dikatakan pada aku..

“Nak add satu lagi..please gimme garden salad”

Aku terpaku dan terdongak melihat wajahnya. Dan kulihat dia masih melihat aku. He knew!! Dia cukup benci dengan salad especially garden salad dan itulah salah satu menu yang aku selalu pesan. Dulu dia selalu memperli aku setiap kali aku order salad. Macam lembu katanya. Aku pun tak tahu apa isunya dengan sayur-sayuran. Tapi kali ini dia yang order.

“ Abg suka makan salad sekarang. Besides its your favorite right..”

“We used to come to KR a lot remember… becoz mus suka sangat saladnya.”

Kata-katanya buatkan jiwaku jadi kacau. Takkanlah setelah empat tahun dia masih ingat tentang apa yang aku suka. Dia tersenyum. Saat itu aku tak merasa marah padanya. Saat itu aku tak merasa benci padanya. Saat itu aku bingung dengan diriku. Dan, dalam segala persoalan yang ada dalam minda aku, dan yang paling aku cuba nafikan….. “Adakah aku masih mengharapkannya??” Tidaaaakkkkk!!!!!!…….

Aku membiarkan diriku terdampar di atas katilku. Pandanganku hanya pada siling putih dia atasku. Fikiranku melayang mengimbas kembali semua yang baru berlaku. Aku masih dalam kebingungan.

Kenapa dia datang sekarang? Mengapa selepas 4 tahun dia muncul kembali dalam hidup aku. Dan dia Nampak amat berbeza. Aku masih bingung memikirkan apa yang terlah berlaku yang membawa kepada perubahannya.

Dia membawaku bersiar-siar ke taman tasik titiwangsa selepas kami makan di KR tadi. Satu lagi tempat yang banyak meninggalkan kenangan buat kami. Dulu dia sering ke situ sebelah petang untuk jogging. Setiap kali dia akan membawa aku sekali untuk menemaninya. Tapi tidak sekali pun dia membenarkan aku ikutnya berjoging.

“Awk tuh bukannya sportsmen.Bukannya biasa lari-lari nih.. Buat lari-lari japgi, pengsan ke apa ke? Macam mana? Dah.. dah.jangan nak mengada-ngada.Duduk je jalan-jalan kat sini.” Selamba dia menidakkan aku setiap kali aku buat-buat stretching..

“ Jangan nak menggatal main mata lak! Siap la!” tempelaknya padaku lantas pergi berjoging meninggalkan aku yang merajuk keseorangan. Pun begitu sikapnya yang selamba dan acuh tak acuh tak pernah mengurang kasih sayangku yang menggunung padanya. Kerana aku tahu dia sebenarnya juga menyayangi ku. Cuma mungkin itu caranya.

Tetapi dia sangat berbeza malam ini. Dia mengajak aku mengambil angin malam di Taman Tasik Titiwangsa. Bagi insan yang bercouple, it was a perfect night. Dengan bulan bintang bagai, cold air, hmm cukup untuk membangkitkan ghairah cinta. As for me, aku yang sedari awal tak banyak kata, jadi bingung. Tapi aku ikutkan saja. Aku mahu lihat apa sebenarnya tujuannya. Apa dia ingat dengan belanja aku makan dan bawa aku jalan jalan ke tempat yang banyak meninggalkan kenangan pada aku akan membuatkan hati aku kembali lembut?? Mimpilah…

“Kenapa kau tinggalkan aku?” terpacul soalan itu dari mulutku. Aku sendiri tak tahu dari mana datangnya itu. Dia seaakan tersentak bila tiba-tiba saja aku mengajukan soalan berbisa itu. Dia memandang tepat ke mata ku. Tiada senyuman. Tiada reaksi. Dia menarik nafas panjang seraya menjatuhkan pandangan dari wajahku. Ada garis-garis gusar di wajahnya. Lama dia mendiamkan diri memandang kosong.

“ Abg akan beritahu Mus..but not now… eventually i will tell u. I know I have no right to ask anything from u… Tapi abg minta saat agar Mus dapat beri abg satu peluang untuk abg menebus kesilapan abg dulu. That’s no word I can tell u how regret I am, how much im sorry for hurting u..” perlahan-lahan dia mengatur kata.

Dia menghampiriku. Perlahan-lahan dia cuba mengambil tanganku. Aku menarik tanganku disilangkan ke dada. Aku tak puas hati dengan jawapannya. Sememangnya aku tahu tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Aku yang telah menanggung sengsara selama ini. Jadi aku berhak tahu. Sebagaimana dia merasakan dia berhak diberi peluang kedua, begitu juga aku. Aku berhak untuk tahu!! Apa salahku sehingga dia sanggup menganiayiku. Tidakkah dia tahu perbuatannya meninggalkan aku dulu hampir membunuhku?

“Mus…” Dia terkesima dengan kedinginanku. Dendam bukan sifatku. Aku tak pernah ingin membalas kembali apa yang dilakukannya padaku walau aku sangat membencinya. Tak terniat untuk aku menyakitkannya. Tapi dia perlu tahu, aku bukan seperti orang jalanan yang tiada harga diri. Yang boleh dibuang dikutip sesuka hati. Aku juga ada maruah diri, dan dialah yang telah menghancurkan segalanya.

“Hantar saya balik.” Pendek balasku. Ternyata dia seperti terasa dengan kedinginanku. Ku lihat wajahnya muram dan sugul tak seperti saat pertama kami berjumpa tadi. Aku melihat kearah lain. Aku tak sanggup melihatnya. Lagi lama aku di sini, aku takut aku akan cair kepada pujuk rayunya. Mana tidaknya, dialah insan yang pertama di hati. Tiada yang lain selainnya, walau setelah aku ditinggalkannya. Walaupun aku membencinya, tapi bila melihatkan wajahnya yang suram membuatkan aku rasa kasihan. Aku tak mahu teraniaya lagi.

Aku membolak-balikkan badanku di atas katil. Keseorangan. Fikiranku masih menerawang ke masa silamku.Aku tak tahu di mana silapnya. We were happy together. Too happy. Dua insan yang sangat berlainan personaliti, berlainan perangai, tetapi saling melengkapi. Sememangnya dia punya wajah tampan. Tinggi. Susuk model. Very confidence looking. Bila dia berjalan or bercakap as if dialah segala-galanya. Dia tak pernah endah apa orang fikir tentangnya.Keegoaannya terserlah. Takkan ramai orang mampu untuk mengerti dan mengikut perangai dan caranya. Dan aku pasti dia tergolong dalam golongan yang taste tinggi. Pasti ramai sudah dihampakannya. Pasti ramai sudah makan hati kerananya. Pun begitu ada sesuatu yang membuatkan aku tertarik padanya. Sememangnya, dia nampak seolah tak tertarik padaku saat pertama kami bertemu. Tapi dia tidak seperti chater lain yang cuba untuk mencari excuse untuk menarik diri secepat mungkin bila tak berkenan dengan orang yang mereka jumpa. Dia lebih banyak mendiamkan diri. Seolah tidak berminat bila berjumpa denganku. Bagiku, itu adalah keadaan yang biasa padaku. Sudah banyak kali aku diperlakukan begitu. Tapi, yang menghairankan aku kali ini, dia tak cuba untuk segera mengakhiri pertemuan pertama kami. Dan entah mengapa aku boleh bercakap macam-macam dengannya. Entah mengapa, dalam keadaan yang sungguh awkward itu aku rasa seolah aku rasa sesuatu dengannya. Sesekali dia tersenyum hambar mendengarku bercakap.

“Em.. saya rasa saya minta diri dululah ye..” Aku meminta diri untuk pulang setelah sejam pertemuan kami. Entah mengapa aku mengharapkan pertemua kami tidak sesingkat itu walaupun dia nampak hambar dan tidak berminat padaku.

“Emm..awak nak balik dah? Em kita belum makan lagi? Em awk nak pergi mana-mana ke?” Jawapannya membingungkan aku. Nampak tak berminat. Bila aku nak balik, tak benarkan. Hatiku rasa sangat pelik melihat tindak tanduknya. Pertemuan kami pertama kami berlangsung 3 jam lamanya. Memang hairan. Not bad. Dengan keadaan kami yang kurang bercakap kami mampu untuk duduk bersama lebih 3 jam. Kemudian dia menghantarku pulang. Tak banyak yang kami bualkan dalam perjalanan pulang. Salah satu yang aku tahu tengtangnya adalah dia die hard fan kumpulan UNGU dari Indonesia. Berulang kali aku mendengar CD kumpulan itu dimainkan dalam keretanya.

“Aku ingin kau selalu… Hadir dan temani aku… Di setiap langkah menyakiniku.. Kau tercipta untukku..”

“jiwang karat juga mamat nih rupanya.” Getus hatiku.

“ Thanks temankan saya… em. T care ok” pendek katanya sebelum aku keluar dari keretanya. Di saat itu aku merasakan yang sememangnya dia juga merasakan apa yang aku rasa. Walau dalam kehambaran wajahnya, aku seolah dapat merasa hatinya. Saat itu, walau masih terlalu awal, aku yakin pertemuan pertama yang hambar itu tidak hanya akan terhenti di situ.

Benar kata orang. Cinta itu boleh hadir pada bila-bila masa dan dengan sesiapa saja. Tak kenal rupa atau harta, pangkat atau warna kulit. Walaupun permulaan kami sangat awkward, kami masih berhubungan. Aku kira dia ini jenis orang yang tak pandai dalam meluahkan perasaannya. Dia ini jenis yang apa yang dia buat atau kata tidak semestinya melambangkan hatinya. Walaupun selalunya kami tiada benda sangat nak dibualkan, dia tetap akan menelefon aku setiap hati. Kekadang aku naik pelik dengannya. Ye lah, kami seperti langit dan bumi. Aku tak tahu apa yang dia lihat dalam diriku. Perhubungan kami berterusan. Semakin hari kami semakin akrab. Setiap minggu kami pasti berjumpa. Dialah yang akan selalu menjemput aku dan membawa aku berjalan2, tengok wayang or just makan-makan. Semakin lama aku mula melihat akan peribadinya yang sebenarnya amat fragile, lembut, penyayang dan penuh insecurity. Mungkin sebab itu dia sangat berhati-hati dalam menyerahkan hatinya pada orang lain. Dan entah apa sebabnya, hatinya telah terbuka untuk menyayangiku. Kehidupan aku semakin bahagia. Walaupun kekadang sukar aku memahami perilakunya, tapi aku tahu dia juga menyayangiku seluruh hatinya. Aku sangat menyintainya. Dia amat mengambil berat akan diriku. Walau kemana saja dia pergi dia akan membawaku dan dia juga akan mengikut aku ke mana saja aku pergi. Saat dia cemburu bila aku melihat orang lain membuatkan aku rasa bahagia. Dia juga tidak akan segan silu menunjukkan manjanya padaku walaupun di depan orang ramai. Dia tidak pernah kisah sekiranya orang lain melihat telatahnya. Sikapnya yang penyayang, sensitif dan romantic benar-benar mengujakan aku.

Tapi entah mengapa keadaan berubah setelah setahun kami bersama. Dia tiba-tiba berubah. Panas barannya semakin menjadi. Ada saja perlakuanku yang tak kena di matanya. Aku sering di marahi, dikutuk sesedap mulutnya. Hatiku kerap terguris dan menangis dengan perangainya yang tiba-tiba berubah. Seolah-olah dia membenci aku.. Aku cuba berubah menjadi seorang yang lebih baik.. Walau aku sering menjadi mangsa kemarahannya, aku tetap melayannya sepenuh hatiku. Tak sekali aku membalas jeritannya padaku. Dan tak sekali juga aku menangis dihadapannya walaupun dalam hatiku, pedihnya, sakitnya hanya tuhan saja yang tahu. Aku cuba merungkai perubahan sikapnya. Aku periksa laptopnya dan handphonenya dalam diam-diam. Mungkin dia ada orang lain. Namun hampa. Langsung tidak menunjukkan tanda dia berselingkuh. Aku resah kerana aku belum menemukan jawapannya. Dan kehidupan aku semakin sedih dan sengsara bersamanya. Tapi aku redha. Kerana walau bagaimana dia marah dan menjerit padaku, cinta dan kasih sayangku padanya tak pernah berkurang walau sedikitpun.

“Kita berpisah saja… Saya dah tak boleh teruskan hubungan ini.” Itulah ayat pertama yang terpacul dari mulutnya sebaik dia sampai ke rumah. Sememangnya aku tak menyangka yang aku akan sampai ke keadaan itu. Ayat-ayat itu benar-benar menusuk jantungku. AKu biasa menahan kemarahannya pada ku. Namun apa yang baru diucapkannya benar-benar merenyukkan hatiku. Apa salahku. Kenapa aku diperlakukan begitu. Tidak sayangkah dia padaku. Adakah dia sudah lupa janjinya untuk sentiasa menjaga aku? Adakah benar dia sudah tak mahu aku? Mengapa ini semua harus berlaku? Sedangkan aku tak pernah kurang dalam melayannya? Tidak tahukah dia aku terlalu menyintainya?

Serentak itu air mataku berguguran. Kakiku lemah menongkat tubuhku yang hampir tumbang. Dia hanya memandangku dengan wajah yang tiada perasaan. Dingin. Tiada penyesalan di hatinya mengucapkan ayat-ayat itu.

“Please….Kalau mus buat salah…Please beri mus peluang untuk perbaiki salah mus… Please…. Mus tahu kita masih boleh baiki hubungan kita.. Mus minta maaf….Tapi tolonglah jangan tinggalkan mus…please.”

Terketar-ketar suaraku saat itu. Aku harap dia tidak bermaksud untuk berpisah. Aku terus teresak-esak menahan tangisku. Dia hanya berdiri kaku di depanku. Dia tidak cuba untuk memujukku. Wajahnya tiada tanda bersalah menghancurkan hatiku. Apa salahku???

“When I get back, I want u out from here. I don’t want see u again.”

Dia membalasku. Hatiku remuk seremuknya. Sangat sakit. AKu segera pergi kearahnya. Aku harus mempertahankan hubungan ini. AKu tak mampu kehilangannya. Aku cuba memegang tangannya. Di tepis tanganku dan tidak aku sangka dia lantas menolak aku. AKu terjelepuk ke lantai. Kepalaku terhantuk ke bucu sofa mengalirkan darah merah membasahi wajahku. Dia tidak langsung memandang aku. Dia lantas keluar meninggalkan aku seorangan. Meninggalkan aku yang masih terisak-isak di atas lantai. Darah mengalir laju dari luka di dahiku tidak sedikitpun mengundang belas kasihannya.

Aku hanyut dalam tangisanku. Aku menangis semahunya. Sememangnya dia sudah tak mahukan aku. Sehingga sanggup dia mencederakan aku. Perlahan-lahan aku merangkak ke bilik. Luka di dahi aku tekapkan. Dengan hati yang terlalu sakit untuk aku gambarkan, aku mengemas segala barangku dari rumahnya. Aku tidak menyangka, ini pengakhiran cintaku. Aku tak menyangka dia yang dulunya berjanji untuk menyayangi, mengasihi dan membahagiakan aku seluruh hidupnya telah meungkiri janjinya. Saat aku melangkah keluar dari rumahnya, hatiku rasa berat dan beku. Aku terus berjalan meninggalkan rumahnya, meninggalkan dia…….

Deringan handphone mengejutkan aku dari lamunan masa silamku. Lantas kucapai handphoneku. Hm..dia lagi.. Aku terus menjawab panggilannya walaupun hatiku rasa berat untuk bercakap dengannya.

“Hai mus..abg nih..Em Mus buat apa tu?”

“Takde pape..just lying around..nothing much”

“Mus ok?”

“Biasa je”

“Abg nak ucapkan terima kasih sebab mus sudi nak jumpa abg balik… Abg tahu there is nothing I could say to change the past…Abg dah sakiti mus in every possible ways… Abg minta maaf Mus…Abg minta maaf sangat-sangat.”

Sekali lagi die mengucapkan maaf. Sekali lagi dia mengungkapkan perkataan yang amat jarang aku dengar sepanjang aku mengenalinya. Hatiku tertanya-tanya apa sebenarnya niatnya. Kenapa dia beria-ia ingin kembali padaku.

“Im ok..n I don’t wanna talk about it.”Balasku pendek.

Kemudian kami hanya diam. Lidahku kelu untuk bercakap dengannya.

“Mus…Abg tahu its very unfair for me just to come back in your life asking for second chance.. But that is exactly my intention.. Second chance mus…. And over time I promise u will know the truth why I left u.”

Aku hanya senyap. Aku tak tahu apa untuk membalasnya. Aku diam. Kosong pemikiranku.

“..But abg nak mus tahu..Abg tak pernah sengaja menyakiti Mus… Demi Allah truthfully…. I love u so so much.. take care …Abg sayang Mus..”

Bergetar suaranya saat dia melafazkan kata-kata itu sebelum dia mematikan talian. Hatiku tersentuh dengan kata-katanya. Bunyinya sangat jujur. Kenapa baru sekarang dia mengatakan semua ini. Apa maksudnya dia tak pernah sengaja menyakitiku.. Aku bingung memikirkan maksud ungkapannya tadi.. Benarkah dia sememangnya mengasihiku. Tapi mengapa dia menghalau aku dari hidupnya dulu. Aku mesti mencari jawapannya. AKu mesti tahu. Aku tahu nothing will change the past, tapi aku perlu tahu. Aku perlu tahu apa yang menyebabkan dia sanggup meninggalkan aku dahulu!!

Hidupku kembali berubah dengan kehadirannya kembali. Setiap panggilannya aku jawab. Setiap hari dia akan menghubungiku. Hanya bersembang-sembang kosong. Aku melayannya seperti biasa. Seperti tiada apa yang pernah berlaku di antara kami sebelum ini. Tapi aku sangat berhati-hati akan tidak terperangkap dengan perasaanku sendiri. Tujuanku berbaik semula dengannya hanyalah satu. Aku ingin mendapat kebenaran dan kepastian. Aku umpama seorang pelakon. Aku harus menyakinkannya yang aku sudah menerimanya kembali. Kemudian pasti mudah bagiku untuk mendapatkan kebenaran yang aku cari. Jadi aku berpura-pura dalam percakapanku, perbuatanku dan tingkah lakuku. Aku berpura-pura baik dan memaafkannya. Aku berpura-pura riang dan gembira setiap kali dia menelefon atau mengajakku santai di hujung minggu. Tak sedikitpun aku berbangga dengan apa yang aku lakukan. Aku bukan jenis yang berpura-pura. Tapi aku terpaksa berpura-pura dengannya. Sehingga terkadang rasa bersalah menyentak kewarasanku. Mengapa aku sanggup melakukan semua ini? Adakah kelak bila aku mendapatkan jawapan yang aku cari, aku akan gembira? Adakah hatiku akan puas bila akhirnya aku mengetahui sebab sebenar mengapa dia meninggalkan aku. Jauh di sudut hatiku, aku merasakan amat sukar melupakan segala perbuatannya. Sesungguhnya aku takut perlakuanku ini akan hanya merosakkan segalanya. Aku takut sekiranya aku akan jadi seorang pendendam.

Malam itu kami pulang lewat setelah menonton wayang. Dia mengajakku untuk bermalam di rumahnya. Aku cuba menolak. Aku rasa janggal untuk kembali ke rumannya yang terlalu banyak meninggalkan kenangan padaku. Tapi dia beria-ia ingin aku bermalam di rumahnya. Lagipun besok aku cuti katanya. Lalu aku hanya mengikut. Sedangkan hatiku sudah berkira-kira segala rancangan untuk membongkar kembali kenangan lamaku. Di rumahnya nanti pasti aku dapat mencari kepastian tentang persoalan yang menghantui aku selama ini. Aku sudah tidak kira. Biarlah apa yang akan jadi. Mungkin Tuhan ingin menunjukkan seiapa sebenarnya dia. Dan sekiranya kebenaran yang akan aku dapatkan amat pedih untuk diterima, aku akan telan juga kepedihan itu. Biarlah jika kebenaran itu akan merosakkan segalanya. Sekiranya ia akan menghancurkan kembali “hubungan”ini, biarlah. Biar dia juga tahu, jangan pernah menganiayai orang lain kerana what goes around…comes around….

bila aku sedar dari lena, hari sudah cerah. Lebih kurang pukul 8 pagi. Aku tidur sendirian di biliknya dan dia tidur diluar. Aku tidak membantah semasa dia mengusung selimut dan bantal untuk tidur di sofa di ruang tamu. Mungkin dia tak mahu aku berfikir bukan-bukan. Entah mengapa aku berharap yang di tidur sekatil denganku malam tadi. Tapi aku memang tidak berharap berlaku sesuatu. Not now definitely. Aku berjalan keluar bilik. Ku lihat dia sudah tak ada. Dia hanya meninggalkan sekeping nota.

“Abg keje shift pagi hari ni.Ill be back about 4 pm. Make ur self at home k. Abg dah beli breakfast kat meja. Mus rehat kat rumah k. Abg sayang Mus….”

“This is it…. Aku yakin aku akan jumpa apa yang aku cari disini!”

Aku melihat disekitar kondominiumnya. Aku agak terkejut kerana susun atur kediamannya tak banyak berubah dari dulu.Infact lebih kurang macam 4 thn dulu. Tapi itu tak penting. Yang penting sekarang adalah untuk aku mencari jawapan yang telah lama aku tunggu. Aku bingkas menuju kembali ke kamarnya. Aku menggeledah segenap penjuru bilik kamarnya dengan harapan untuk menemukan jawapan yang aku cari. Hampa. Tiada apa.Cluesless!!. Aku buka side table ditepi katilnya. Ada few magazines and some documents. Ku teliti satu persatu namun masih hampa. Tiba-tiba aku terpandang satu keping gambar yang dibelakangnya tertera “ I LOVE U SO SO MUCH..FOREVER.” Binggo! Dengan pantas aku mengimbil foto itu. Hatiku berdebar-debar ingin mengetahui siapakah dalam foto itu yang telah menyebabkan dia sanggup membuang aku dari hidupnya. Aku terduduk setelah melihatnya. Lama aku merenung foto itu. Dadaku rasa berat dan sebak. Aku rasa sangat sebak kerana ada hanya diriku di dalam foto itu! Dan dia masih menyimpan gambarku sekian lama? Kenapa? Aku melupakan seketika perasaan syahdu itu. Lantas aku semakin terus mencari di dalam drawer itu. Hatiku berdebar-debar bila aku menjumpai sebuah jurnal berwarna hitam. Lantas aku membuka dan membacanya.

12/3/2004

Aku tak tahu kenapa aku boleh tertarik pada dia.. Aku rasa pelik dengan perasaan aku. Dia bukannya goodlooking pun. Cakap banyak plak tuh. Tapi ada sesuatu padanya yang buat aku rasa dekat dengannya. Macam menarik aku padanya. Aku tak boleh nak ilangkan dia dari kepala aku..Haih…aku dah jatuh cinta ka ni??

Aku terus membaca setiap entry di dalam jurnal itu. Setiap helaian aku teliti satu persatu.

4/7/2004

Mus…sy minta maaf. Sy bukan sengaja nak marah awk. Sy tau awk satu hari tunggu sy nak celebrate birthday sy. Sy tau sy tak patut marah awk. Tapi sy stress sgt. Stress sgt kat hospital td. Keje tak henti2. Takde rehat. Balik rumah nak rehat awk lak macam2. Sy minta maaf sgt sy marah awk teruk. Kalaula sy boleh ulang balik, sumpah mati langgar kereta sy takkan buat awk mcm tu. Sy tau awk menangis seorang diri dlm bilik air. Mus…Sy minta maaf.. Sy syg sgt sgt kat awk…..sy minta maaf sgt2.

Aku tersentuh bila membaca entry ini. Aku ingat lagi saat aku dimarahnya kerana cuba nak celebrate birthdaynya. Seharian aku habiskan menyediakan semuanya, sudahnya kena marah teruk. Berbakul bakul bebelnya pada aku. Memang aku menangis mlm itu. Aku sedih kerana dia tidak menunjukkan langsung tanda terima kasih atas usaha ku. Dan dia tak cuba memujukku. Dia berlagak biasa saja. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Keesokannya dia memeluk aku dan mencium aku seperti biasa sebelum pergi kerja. Kini baru aku tahu perasaannya. Kini setelah 4 tahun berlalu.

25/3/2005

Macam mana aku nak bagitahu mus..Mesti dia sedih kalau dia tau..dan aku tau mati hidup balik pun , sumpah Mus mesti takkan tinggalkan aku. Tapi aku takut, lagi lama aku dengannya lagi teruk akan jadi. Aku tahu Mus syg aku lebih dari sgalanya, dan demi Allah aku hanya cintakan mus… tapi semakin lama dia dengan aku, semakin dia akan tersiksa….. Aku tak sanggup lihat dia bersedih… aku tahu aku dah berubah..tapi hatiku tak pernah berubah…x akan berubah…Mus maafkan saya..saya tau awk tersiksa dengan perubahan saya…tapi saya buat ini untuk kebaikan mus…

Tiada lagi entry selepas itu. Kosong. Aku cuba ingati kembali. Entry terakhir itu adalah lebih kurang 5 hari sebelum dia memutuskan hubungan kami dulu. Aku cuba memahami setiap perkataan dlm entry yang terakhir. Tapi aku masih bingun. Pasti ada sesuatu yang berlaku kepadanya. Something big. Sehinggakan dia sanggup memutuskan hubungannya dengan ku. Perlbagai andaian bertali arus dalam fikiranku. Namun aku masih bingung. Walaupun begitu aku yakin, tiada isu orang ketiga. Aku yakin dia tak pernah curang padaku. Saat itu aku mula menaruh harapan kembali. Tapi, aku masih dengan tekadku. AKu mesti tahu perkara yang sebenarnya.

Kemudian aku menuju ke meja laptopnya. Ada banyak dokumen di situ. Semuanya aku bongkar satu persatu. Ada beberapa helai pembalut xray yang penuh dengan helaian xray didalamnya. Aku menelitinya tapi masih hampa. AKu bukannya doktor macam dia. Macam mana aku tahu hendak membaca xray-xray ini. Aku campakkan sampul xray itu ke bawah lantas terduduk menarik nafas panjang. Macam mana ni?? Aku rasa seolah-olah aku sudah hampir sangat dengan jawapannya. Rasa dekat dengan ku. Tiba- tiba mataku tertangkap perktaan pada sampul xray tersebut. Nama dia tertera di sampul xray itu di ruangan pesakit. Aku geledah kembali sampul xray tersebut. AKu punggah semua xray-xray yang ada. Akhirnya aku menjumpai sehelai report xray yang jelas menunjukkan namanya tertera di kolum pesakit. Aku membaca report itu dengan perasaan yang sangat berdebar-debar. Dia sakitkah>?? Sakit apa?? Kenapa aku tak pernah tahu dia sakit?? Sakit apa?? Semuanya asing. Aku tidak paham apa pun tentang penyakitnya. Ruangan diagnosis jelas memaparkan: HIGH GRADE ASTROCYTOMA. Sakit apa ni???? Sakit apa yang dia alami yang menyebabkan dia sanggup meninggalkan aku?? Saat itu perasaan bersalah mula bersarang dibenakkku. 4 tahun membencinya. Does it worth it now?? Aku berpusing2 cuba memikirkan apa yang harus aku lakukan. Yes!! That’s it.. GOOGLE!!

Tuk tuk tuk… kedengaran pintu kondo dia diketuk dari luar. Perlahan aku buka pintu dan terpacul dia di depan pintu. Aku meninggalkan dia berjalan menuju ke ruang tamu . AKu hanya berdiri membelakangkan dia. Di dalam kepalaku ada pelbagai soalan yang aku sendiri tak tahu dari mana harus aku bermula. Perasaanku berbaur dengan pelbagai emosi. Aku merasa rindu padanya, juga bingung, marah pada tindakannya. Bercampur baur perasaanku. Tapi yang paling aku rasakan sekarang adalah rindu yang teramat sangat padanya. Kurasakan kebencian padanya yang berakar umbi dihatiku mulai kabur. Setelah aku melayari internet, cuba mengetahui hakikat sebenar penyakitnya, hatiku sebak, sedih dan pelbagai rasa yang aku sendiri payah nak ungkapkan.

“Mus… em Mus ok ke? Is there anything wrong? Im sorry abg lambat sikit… Traffic quite heavy tadi..”

Dia seperti dapat mengagak perubahan padaku. Aku masih diam seribu bahasa. Aku tak tahu apa yang aku harus katakan padanya. Aku berpusing dan menghadapnya. Tidak semena-mena air mata mula mengalir turun. Dia kaget melihatku. Segera dia menghampiriku.

“Please stop right there!” Aku membantah. Dia terkesima. Dia berhenti. Berdiri dihadapanku. Dari riak wajahnya tergambar seribu persoalan.Dia hanya merenung aku. Dia tidak berani menghampiriku.

“I need know… the truth..now.. I want u to tell me now… why u left me?”

“Tell me now!!”

Mus… abg…” Dia tidak menghabiskan katanya. Saat itu dia menghela nafas panjang. Pandangannya dialihkan dari wajahku. Wajahnya bertukar muram.Dia terduduk di sofa. Hanya memandang lantai.

“Dari dulu.. sampai bila-bila..hati Mus hanya pada abg.. Mus tak pernah mencintai selain abg… Dan hanya abg yang Mus mau..”

“Mus tahu sekarang kenapa abg tinggalkan Mus…. Mus dah tahu!!.. Baru skrg Mus tahu pasal sakit abg…. U left me because u are dying kan??!! ..Kan??.. And now ure back… abg nak mus kembali pada abg… Adilkah?? .. Adilkah untuk mus melupakan segalanya dan kembali mencintai abg sekarang.. kemudian abg akan pergi tinggalkan muss kali lagi.. is it fair???

AKu menghambur kepadanya. Air mataku makin laju. Dia Nampak terpaku dengan reaksiku. Tapi dia hanya membatukan dirinya. Saat itu air matanya gugur. Dia tidak memandangku. Wajahnya seperti tiada perasaan. Itulah kali pertama aku lihat dia menangis.

“Kenapa diam??? Answer me….. Is t fair??!!.. Why cant u just let me alone… Abg dah hancurkan segala-galanya dalam hidupmus… Untuk apa abg kembali sedangkan nanti abg tetap akan meninggalkan mus… Untuk apa??

Saat itu dia menghampiriku. Dia cuba merangkul aku. AKu menepis tangannya. Dia terus memelukku. Aku meronta cuba melepaskan pelukannya. AKu tak mahu dipeluknya. AKu tak sanggup dipermainkan lagi. AKu tak sanggup dikecewakannya lagi. Dia memang kejam dan pentingkan diri sendiri. Dia mahu aku menyayanginya di saat akhir hidupnya. Tidakkah dia fikir apa akan jadi padaku selepas dia pergi kelak? Tidakkah pernah terlintas di fikirannya penganiayaannya ini. Kenapa dia begitu kejam??

AKu mencuba sedaya upaya melepaskan diri dari rangkulannya yang erat. Tapi aku tak mampu. Pelukannya amat kuat. Akhirnya aku terduduk terlantar teresak2 dalam tangisku.. Saat itu aku merasakan satu kucupan di dahiku. Dia mengusap pipiku. Ku lihat dia merenung ke dalam mataku.

“ Is it fair? Yes… Its fair.. Its fair now…Coz im not dying anymore…”

Aku terpaku dengan kata-katanya. Tapi, aku dah surf web tadi. Dia mempunyai kanser otak yang sudah ditahap advance. Bagaimana mungkin ini??

“Kerana Allah telah memakbulkan doa abg.. menyembuhkan penyakit abg yg pada masa dulu kritikal… yes I was dying.. And yes that was the reason why I left u… Kerana abg tahu Mus akan lebih menderita bersama abg…”

“Dan abg telah bersumpah untuk kembali membahagiakan mus jika diberi peluang lagi…”

“U ask me whether is it fair.. Yes..its fair..coz from now onwards… abg akan menyerahkan seluruh jiwa dan hidup abg untuk membahagiakan Mus..”

Tuturnya lembut sambil dia terus mengucup bibirku. Aku tekejut dengan jawapannya. Aku terkesima dengan kucupannya. Saat itu aku tidak melawan. Saat itu tubuhku dirangkul erat ke dadanya. Air mataku mengalir lagi. Seraya itu aku merasa harapan mula meresapi segenap penjuru hatiku. Selama ini, aku membencinya atas sebab yang salah. Dia bukan manusia hina. Saat itu aku memaafkan segala-galanya. Saat itu aku terlalu rindukan dia. Aku terlalu dambakan kasih sayangnya semula. AKu mengucup bibirnya semahuku. AKu terlalu rindukannya. Saat itu aku ingin menyerahkan seluruh hidupku, ragaku padanya. Saat itu aku telah mendapatkan kembali cintaku yang hilang. Aku hanya membiarkan diriku dipeluk erat. Saat itu aku rela. Seluruh hatiku. Seluruh hidupku….

Perlahan aku buka mata. Terasa ada tangan mengelus lembut rambutku. Terasa tanganku erat digengam. Terasa badanku erat dirangkul. Aku membiarkan diriku di dalam pelukannya. Berbantalkan dadanya. Selesa dan tenang dalam pelukannya. Bau perfumenya sangat menyenangkan. Sesekali dia mengucup manja dahiku dan jari jemariku. Saat aku lihat wajahnya, dia hanya tersenyum padaku. AKu tak pernah menyangka hidupku akan berubah sebegini. Aku kembali merasa apa itu bahagia. In fact apa yang aku rasa adalah lebih jauh dari dulu. Sememangnya dia telah berubah. Saat dia berjanji untuk menyayangi aku seluruh hidupnya, meruntuhkan segala tembok kebencianku padanya.

“Abg masih ingat..kali terakhir abg lihat Mus, you were bleeding from your forehead. Masa itu, abg rasa benci pada diri abg. Abg tak pernah terlintas akan mencederakan mus. Tapi abg terpaksa… Dalam hati abg menangis melihat Mus. Hati abg sangat sakit lihat Mus masa tu..”

“ After you’re gone..my life seems meaningless… I just hope death would come and take me away… I was in despair and loss of hope.”

“Tapi Mus, not a single day, single moment abg lupakan mus..In fact abg terlalu merindukan mus… dan abg biarkan kerinduan ini menggila dalam hati abg.. abg benci diri abg kerana memusnahkan hidup mus.. for that..i deserve to die… but not a single moment passed by…without me missing u.”

“Then I came to know..small possibility of curing my cancer… saat tuh ntah la..abg rasa like its promising… macam still ada harapan untuk abg… so with that smallest hope I fly to US… to fight for my life…To come back to u..”

“ I spent almost 3 years in US..having to go through all sorts of treatments…. Abg dioperate…kanser tuh dibuang..then Chemo .. It was hell..But ingatan pada mus menguatkan abg.. coz I know, I need to come back to u.. jadi walau teruk macam mana skali pun… I would still do it..”

“Abg nak ucapkan terima kasih pada mus…sebab kerana mus lah abg mampu melawan penyakit abg..u gave me strength..give me hope….and I love u so much sayang..”

Lantas dia mengucup mesra dahiku. Mendengarkan kata-katanya meruntun perasaanku. Sesungguhnya apa yang dia alami amat besar jika dibandingkan kesengsaraan aku. Dia menjalaninya seorang diri, berjuang bermatian bersendirian. Hanya kerana ingin kembali padaku. Dan aku? Apa yang aku lakukan adalah mengumpul segala kekuatan aku mencuba untuk membencinya. Air mataku menitis perlahan. Aku bersumpah, tiada yang lain akan aku cinta selain dia. Hanya dia sahaja yang akan aku serahkah segala-galanya.

“No more tears ya …From now on…abg nak bahagiakan mus..i want to see your smile more often..gosh I really do love u so so much!”

Dia menyeka air mataku lantas merangkul aku rapat ke dadanya. Tidak dapat aku gambarkan kebahagian yang aku rasakan ketika itu. Aku hanya membiarkan diriku terus tenggelam di dalam lautan asmaranya…

Kehidupanku terus berubah. Aku jadi seorang yang periang, gembira dan penuh harapan. Setiap hari-hari yang aku tempuhi merasa sangat bermakna dengan kehadirannya disisiku. Dia mencurahkan segala kasih sayangnya padaku. Sehinggakan, aku pun tak tahu bagaimana aku nak menzahirkan rasa itu dlm bentuk penulisan ini. Saat itu memang bahagia. Saat itu tak mungkin dapat aku lupakan selamanya.

Namun, benar seperti mana yang selalu berlaku. Yang terindah itu pastinya tidak berkekalan. Setiap kita pasti mendapat bahagia yang kita idamkan. Ada yang dapat sekejap dan ada pula yang sehingga habis hayat. Pun begitu, yang paling penting adalah untuk kita mensyukuri kebahagiaan itu dan menikmatinya, menjaganya sepenuh hati kita, mencintainya seluruh hidup kita seolah-olah hari ini adalah hari terakhir untuk kita mencintai.

As for me, berjumpa dengannya kembali adalah satu rahmat yang cukup besar dalam hidupku. Dan aku mensyukuri rahmat itu setiap detik dalam hidupku. Dan apa yang telah berlaku kemudiannya kembali melontarkan aku kepada sengsara yang amat pedih. Namun begitu, jika diberi pilihan, tiada jalan yang lebih baik dari jalan ini. Dan aku redha.Aku redha dengan kesengsaraan ini. Aku terima hakikat kepedihan ini. Kerana ini juga adalah satu rahmat yang paling besar yang aku tahu tak selalu manusia di dunia ini akan dapat. Kisah ini akan berterusan lagi. Kerana aku ingin kalian tahu apa maksudnya cinta sejati. Jadi tunggu, ya……

“Mus!!...Mus..Can u hear me…. Can u hear me???”

“Mus…answer me..can u hear me??

Aku dengar dia suaranya memangggil aku. Telingaku bingit dengan pelbagai bunyi. Pandanganku gelap. Seakan aku terawang dalam gelap yang pekat. Di mana aku sekarang? Apa dah jadi?? Kenapa semuanya gelap dan bising??

“Get me his vitals and saturation stat!.. high flow mask….line….3 pints saline fast..put him on monitor!!” Kedengaran jelas suaranya memberikan arahan yang aku sendiri tak faham maksudnya. AKu masih dalam kebingungan. Masih terawang-awang. Kepalaku rasa ringan. Dadaku rasa seperti ada batu dia atasnya. Nafasku sesak. Pandanganku makin gelap pekat.

“Mus..answer me…please…Mus..ini abg..please..can u hear me!!”

“Abg…. Abg Mil….Mus kat mana.”Aku seperti tidak mampu untuk berkata-kata. Terasa bibirku kebas untuk berkata-kata. Kepalaku berpusing dan rasa sangat ringan. Dadaku semakin sesak. Saat itu aku merasa tangannya menggengam erat tanganku.

“Mus.. I need you to be strong.. I need you to be with me… Abg kat sini.. I will take care of u…. But u need to be with me… “ Suaranya memberikan arahan kepadaku. Sesungguhnya aku tak tahu apa yang berlaku. Semuanya asing. Pandanganku gelap gelita. Tapi aku dapat merasakan keadaan yang kucar kacir disekelilingku. AKu merasa sangat sejuk. Aku menggengam erat tangan dia. Apa dah jadi padaku??

“His vitals is not stable.. I need immediate cross match 4 pints of unmatched blood now… we need to transfuse him… Go!!”

“Prepare to tube.. Ketamine 20 mg and scholine 100mg ..Quickly!!”

“Mus, ingat Allah…ingat abg ya… I wont let anything happen to u… think of me… I love you so much.. I love u so…..”

Saat itu aku merasa ringan. Semakin lama suaranya semakin dsayup. Aku seperti hilang kawalan pada badanku. Seluruh anggotaku terasa ringan. Aku rasa sangat mengantuk. Aku rasa letih. Gelap….

“Mus…. Mus..boleh dengar abg tak…Abg kat sini….Mus..”

Suaranya perlahan memecah sunyi. Aku cuba untuk membuka mata.Tapi semuanya gelap.Kepalaku rasa sangat pening dan berat. Loya. Duniaku gelap segelapnya. Aku dapat merasa tangannya mengusap wajahku. Menggengam erat tanganku. Aku membalas gengaman tangannya. AKu masih dalam kebingungan. Namun kehadirannya menyakinkan aku yang aku selamat. Dia akan melindungiku.

“Abg… Mus kat mana..Mus kat mana ni? Apa dah jadi ….Mus tak Nampak apa..Abg kat mana?”

“Its ok..im here..im here sayang..Im here…im holding your hands now..How are u feeling?...is it easy to breath?”

“Ya..Cuma pening..rasa lemah sangat..Abg apa dah jadi kat Mus…kenapa gelap sangat nih..Buka la lampu..Bilik ni gelap sangat.”

“Mus…cuba Mus pelan-pelan ingat apa dah jadi…Mus tak ingat ke sayang…Try to remember..Ingat tak kita on the way balik dari kampus Mus..?”

AKu menumpukan seluruh pemikiranku, cuba mengingati apa yang berlaku. Fikiranku seperti masih separuh sedar. Balik dari kampus? Balik dari kampus pergi mana? Yes..aku ingat sekarang. It was my birthday. Aku baru habis exam. Dia ambil aku di kampus untuk celebrate. Tapi apa kaitannya itu dengan ini. Aku cuba mengingatinya tapi gagal. Seolah-olah mindaku menghalang aku dari mencapai memori yang baru berlaku..

“Abg mus tak ingat.’

“Mus..There was an accident……remember?”

Accident? Bila? Di mana? AKu memeras seluruh kosentrasiku untuk mengingati segalanya kembali. Saat itu ingatan aku berputar kembali. Kami berada di tepi jalan. Dia melintas jalan. Kemudia? Apa? Think.. Think….Remember.. yes… Van.. Van meluru laju..Aku lihat dia seolah terpaku di tengah jalan, tidak bergerak. Aku menjerit namanya. Berlari ke arahnya. What was I thinking?? Setelah itu aku tak dapat ingat lagi. AKu tak mampu ingat lagi.

“Mus Nampak abg nak kena langgar dengan van..Mus lari..Mus jerit panggil abg..tapi abg tak gerak..”

“I was petrified..and u saved me…kalau bukan sebab Mus..it would have been me..Mus, Mus selamatkan abg..U saved me, sayang!”

Dia merangkul erat tubuhku. AKu ingin membalas pelukannya. Tapi aku tak mampu. Aku rasa amat lemah.

“Tapi abg..buka le lampu dalam bilik nih..its too dark…mus tak Nampak abg..”

“Mus…Mus cedera teruk dalam accident tuh… Kedua-dua mata mus rosak.. .”Dia berhenti. Gengamannya erat. Mataku rosak?? Maksudnya aku buta? Aku tak boleh melihat lagi??? Ya Allah, kenapa sampai jadi macam ini. Apa yang dikatakannya sangat mengejutkan.Macam mana aku nak hidup. Masa depan aku? Realiti kehidupan aku? Hatiku runsing. Aku merasa sangat hiba. Badanku bergetar menahan tangis. Kenapa aku tak mati saja?? Ya Allah kenapa kau tak ambil aku saja.aku lebih sanggup mati dari cacat dan menjadi beban pada orang lain.

“Abg minta maaf Mus….Im sorry.. Kalau abg boleh tukar dengan mus…seribu kali abg sanggup…”Dia memelukku erat. Dia mengucup dahiku. Aku boleh menerima sekiranya aku cacat seumur hidup. Aku boleh terima. Tapi saat ini aku takut, dengan kecacatan ini, adakah dia akan masih denganku? Mahukah dia menjaga aku, si buta ini?? Aku takut kehilangannya. Bolehkan dia terus mencintai beban ini??

“Mus takkan…takkan salahkan abg…if abg tak mahu Mus lagi…Mus tak mahu susahkan abg…”

“Sayang…..apa yang mus cakap nih..ya Allah, U just saved my life…. Apa Mus cakap nih… Mus, listen to me… I love u…I love u so much…and nothing will change that…Please jangan fikir abang akan pergi dari Mus…Coz im not!”

Dia menguatkan pelukannya. Aku mendengar suaranya bergetar menahan hiba… Menahan air matanya.. Mendengarkan katanya membuatku lega.. Biarlah kalau aku buta. Asalkan dia tetap denganku. Biarlah aku merana, asal dia akhirnya tetap denganku.

“Mus still have chance..Pakar mata kata Cuma kornea mata Mus sahaja yang rosak.. the rest still as normal as it could be..which mean if I can find u a donor… Mus akan lihat balik…. Abg janji, Mus akan dapat lihat balik….”

“I love u so much..so much..”berkali-kali dia membisikkan ayat ini ditelingaku.

Aku mula menerima keadaanku. Memang sangat menakutkan hidup dalam kegelapan. Seperti segalanya tiada jaminan. Saat itu aku merasakan segalanya sudah berakhir dalam hidupku. Masa depanku. Cuma aku berharap dia akan tetap denganku. Cuma dia sahaja yang aku ada.hanya dia harapan dan cahaya aku skrg.

Aku mendapat tahu, aku juga mengalami kerosakan yang serius pada hati dan kedua-dua buah pinggangku kerana kemalangan itu. Waktu doktor-doktor menyampaikannya pada aku, aku kosong. Nothing to say. Don’t know what to expect. Aku dah cacat. What elso could be worse than that. Kemudia aku terpaksa menjalani therapy pencucian darah kerana buah pinggangku telah rosak sepenuhnya. Hanya dalam masa seminggu kehidupanku berubah.

Tapi dia..Dia adalah nyawaku. Dia adalah segalanya bagiku. Dan dia tetap denganku. Benar kata orang, kalau mahu menguji cinta, tengoklah semasa sakit. Ada yang lari dan pergi. Ada yang pada mulanya berjanji itu ini, kemudian mula menjauhi diri. Tapi dia tetap denganku. Siang malam dia menjagaku. Everytime syifnya habis di hospital itu. Dia akan datang kepadaku. Menyuapkan makanan kepadaku. Memandikan aku. Membawa aku bersiar-siar dengan wheelchair. Membacakan kitab suci al-Quran kepadaku. Malah dia tidur dibirai katil denganku... Everyday without fail. Dia akan menenangkan aku setiap kali aku dilanda kemurungan. Pelukannya, bisikannaya, kucupannya sentiasa menenangkan hatiku. Dia tak pernah meninggalkan aku. Malah aku merasakan cinta yang amat sekarang. Mungkin ada kebaikannya. Saat itu aku tak kisah. Biarlah aku cacat kerana aku tahu dia akan menjagaku, mengasihiku dan mencintaiku.

“Mus…abg ada berita baik…good news sayang.. abg dah dapat donor untuk kornea, hati dan buah pinggang untuk Mus. Mus tak payah lagi buat dialysis dan Mus akan lihat semula!!!”

MEndengarkan berita itu sememangnya sangat mengujakan. Tiada apa yang lebih gembira dari harapan yang dia berikan padaku. Alhamdulillah..Alhamdulillahh..terima kasih Ya Allah!!

Aku merasa agak cemas bila mengingatkan tentang pembedahan pemindahan organ besok. Seumur hidupku, aku tak pernah menjalani pembedahan. Inikan satu pembedahan major seperti ini. Selepas esok aku akan dapat melihat kembali dan aku tak perlu lagi perlu terpaksa menjalani terapi dialysis untuk mencuci darah. AKu teramat bersyukur kerana ada insan-insan yang mendermakan organ-organ mereka padaku. Aku sangat berterima kasih.

Seharian dia menemaniku. Tidak berganjak dia dari sisiku. Kami solat bersama di dalam wad. Aku merasa sangat bahagia. Walau aku tak nampak dia aku merasa sangat dekat dengannya. Dia masih menemaniku walaupun waktu melawat sudah lama berakhir. Dia tetap setia menemaniku. Tidak langsung dia melepaskan genggaman tanganku. Sesekali dia mengucup manja tanganku. Sesekali dia mengucup dahiku, pipiku, hidungku dan bibirku. Saat dia melaga manja hidungnya pada hidungku membuat aku rasa sangat bahagia.

Dia banyak bercerita. Tentang kami. Tentang saat perkenalan kami, kehidupan yang kami lalui bersama. Mendengarkannya berkata betapa dia terlalu menyintai dan menyayangi aku mencairkan sanubariku. Dia bercerita saat-saat bahagia kami. Saat ketawa kami dan dia sekali lagi meminta maaf kerana meninggalkan aku dulu. Sesungguhnya, sekiranya aku tahu, sekiranya inilah hikmah kepada kesengsaraan yang telah aku alami selama 4 tahun dulu, bukan saja 4 tahun, malah 40 tahun pun aku sanggup menempuh kesengsararaan itu. Kerana sesungguhnya, bahagia yang aku dapat sekarang berkali-kali ganda melebihi sengsaraku. Aku sangat bertuah dikurniakan seorang pencinta seperti dia. Dia sangat mencintai aku melebihi segalanya yang dia cinta di dunia ini. Sesungguhnya, aku amat bahagia.

Dia memeluk rapat tubuhku. Hangat badannya dan aroma perfumenya menenangkan aku. Sesekali dia mengucup ubunku dan telingaku. Berkali-kali dia membisikkan perkata “ I LOVE U” di telingaku. Seolahnya dia tidak ingin berpisah walau sesaat dengan ku.

“Mus jangan takut k. Abg akan berada dengan mus sepanjang pembedahan itu. Abg akan teman mus sampai mereka bagi sedation and put u under anaesthsia. Abg akan di samping mus selalu. U don’t have to worry sayang.”

“ And I will be by your side always… I will be the first one u will see.”

“I love u so so much. Abg akan selalu dengan mus. I promise.”

Saat itu dia mengucup bibirku dengan penuh kasih sayang. Dirangkul aku rapat ke dadanya Segala perasaan cemas dan takut menghadapi pembedahan esok hari telah jauh entah kemana menghilang…

Dingin aircond bilik bedah memang mengcengkam tulang. Tapi gemuruhku mungkin akan lebih jika aku dapat melihat suasananya dengan mataku. Dia menemaniku sehingga ke dalam bilik bedah. Dia menggengam erat tanganku. Berkali dia bisikkan pada ku agar aku ingat kepada tuhan dan mengucap dua kalimah syahadah. Semua ini akan berakhir tak lama lagi. Aku sangat gembira mempunyai dia yang terus menemani aku.

“Mus…doktor bius akan beri mus ubat tidur ok… just nafas macam biasa..think of me…im here..im always here…kita jumpe kejap je lagi ye sayang….abg sayang sangat sangat dekat kamus…”

Kata-katanya umpama obor yang menyala. Gentarku pada pembedahan itu hilang. Yang tinggal hanya kegembiraan yang bakal aku rasakan apabila aku dapat melihatnya kembali. Perlahan aku mula merasakan suaranya semakin sayup. Kepalaku menjadi sangat ringan. Aku menumpukan pemikiranku padanya. Aku bersyahadah dalam hatiku…..

AKu ingin kau selalu..Hadir dan temani aku..Di setiap langkah menyakiniku..kau tercipta untukku....

Perlahan-Lahan kurasakan lilitan balutan mataku dibuka. Pandanganku masih hitam pekat. Sebulan hidup dalam kegelapan cukup menakutkan. Aku sangat bersyukur aku diberi peluang untuk melihat lagi. Aku bersyukur ada insan-insan yang berhati mulia menderma organ untukku. Sesungguhnya tak mungkin aku akan lupakan jasa mereka selama-lamanya. Yang paling aku ingin lakukan adalah untuk melihat wajah dia sepuas hatiku. Sepanjang waktu ini, aku hanya mampu menyentuh dia, merasa kucupnya di dahi dan bibirku juga merasa bahagia saat dia menggesel manja hidungnya ke hidungku. Saat ini aku dapat melihat kembali wajahnya yang sangat aku rindukan.

“Adik akan rasa silau sikit ok. Ok now, slowly open your eyes.” Doktor mengeluarkan arahan padaku sebaik balutan mataku dibuka.

“Ya Allah….Terima Kasih….”

Perlahan aku buka mataku. Cahaya yang menyilaukan menerjah pandanganku. Semuanya kabur dan silau. Pun begitu, aku merasa sangat teruja kerana dapat melihat kembali. Setelah itu pandangan aku menjadi seterang-terang alam. Jelas segala-galanya didepanku. Aku lihat semua di depan dan kelilingku. Wajah-wajah yang aku sayangi. Ibu menitiskan air mata lantas memelukku. Saat itu aku merasa amat gembira kerana dikelilingi oleh mereka yang menyayangiku. Walaupun begitu hatiku meronta-ronta ingin segera mencari dia. Aku ingin melihat dia. Aku ingin segera berada di dalam pelukannya. Aku ingin mengatakan aku sangat bertuah mempunyainya dan terlalu banyak ingin aku katakana padanya.

Setelah melakukan pemeriksaan awalan padaku, para doctor mengucapkan tahniah kepadaku dan meninggalkan aku bersama ahli keluargaku. Ternyata mereka sangat gembira dengan keadaanku yang sihat sepenuhnya. Setelah beberapa ketika, mereka minta izin pulang. Tinggallah aku dan ibuku sahaja. Saat itu aku tak mampu menahan lagi gelodak di hati aku.

“Ibu…. Mana abg Mil?”

“Kenapa dia tak datang?”

Tanpa sepatah perkataan ibu menghulurkan aku sepucuk surat.

“Abg nak ibu bagi surat ni kat Mus. Abg tak dapat datang,” balas ibu.

Tak dapat datang???? Bukankah dia tahu tentang aku hari ini? Bukankah dia janji akan berada di hadapan mataku saat aku buka mata ini? Bukankah dia sering mengucapkan sangat rindu padaku. Apa hal yang sangat penting yang lebih penting dari ini. Tidakkah dia tahu aku amat merinduinya….

Aku rasa sedikit kecewa saat itu. Namun aku membuka surat itu. Mesti dia punya alas an yang munasabah. Aku pasti..

Mus,

Tiada apa yang lebih menggembirakan abg melainkan melihat mus dalam keadaan gembira dan bahagia. Kerana hidup abg, seluruh hidup ini adalah untuk membahagiakanmu. Dan abg akan sanggup lakukan apa sahaja untuk kebahagian insan yang terlalu amat abg cintai ini. Maafkan diri abg kerana abg tak dapat berada di samping Mus di waktu ini. Terlalu panjang untuk abg jelaskan. Tapi Mus pasti tahu juga nanti. Satu abg minta, maafkanlah abg. Kerana apa yang berlaku bukan kehendak abg. Sesungguhnya abg terlalu mencintai mus..

Hatiku menjadi gelisah, tak keruan, risau, hairan dan segala macam lagi. Aku tak paham langsung dengan permulaan surat ini. Apa dah jadi sebenarnya ini? Kenapa dia perlu minta maaf? Adakah dia sudah tak mahu aku?? Jantungku berdebar-debar kencang..

Mus,

Hiduplah dengan gembira ya sayang. Hiduplah dengan penuh pengertian dalam mencari kebahagian. Hiduplah dengan keikhlasan dalam bertujuan. Hiduplah dengan senyuman. Abg mendoakan Mus sentiasa penuh dengan kebahagian. Kerana itulah yang paling abg dambakan. Kebahagiaanmu sayang. Hatta segala kebahagian yang telah Allah kurniakan pada abg, abg mohon biarlah ia diberikan pada mu. Kerana tiada sebarang kata yang mampu abg ungkapkan untuk menunjukkan betapa abg terlalu mencintai Mus. Ketahuilah, jiwa abg sentiasa bersamamu walau dia mana mus berada..

Sesungguhnya aku buntu dan tidak mengerti langsung maksud surat ini. Kenapa susah sangat untuk dia just beritahu aku apa dah jadi dan dia dekat mana sekarang!! Kenapa perlu berjela-jela mengarang ayat berbunga-bunga untuk aku sedangkan apa yang aku mahu sekarang ini ialah untuk dia berada didepan mataku.

“… Dengan mataku kamu melihat.. dengan jantungku kamu bernyawa… dengan darah yang mengalir dalam tubuhmu..”

Apa ni??!! Aku tak paham dengan bait-bait terakhir surat ini. Apa maksudnya ini..

“… dengan segala rasa cinta yang ada dalam hatiku adalah untukmu… Aku berikan kamu nyawaku….. Jadi hiduplah sayangku…. Hiduplah.. Kerana aku terlalu menyintaimu.... I

–Tamat-

Seraya itu seluruh tubuhku diselubungi rasa kegentaran yang amat. Jantungku bergoncang. Aku benar-benar tidak mengerti maksud surat itu. Kenapa dia berikan aku surat seperti itu???

Sekilas aku terpandang cermin yang terlekap di dinding kamar wad. Tiba-tiba air mataku mengalir laju. Dadaku sebak.

“Bukan ke…Bukan ke aku.. aku sepatutnya…. Cuma dapat satu kornea mata sahaja???”

Aku terpaku!! Terpaku kerana aku melihat dengan dua mata yang sempurna. Dua mata yang amat sempurna!!!

“Ibu….mana..mana…. mana abg mil????”

“Mana abg mil??”

Air mataku semakin laju mengalir…

Ibu diam memandangku penuh sayu. Air matanya berjuraian. Mulutnya terkunci. Dia hanya memandangku.

“Mana abg Mil!!!!” aku sudah tak mampu menahan sabar aku. Aku perlu tahu. Mana dia sebenarnya Aku mahu dia. Aku mahu dia di hadapanku sekarang!!! Atau adakah aku tak mampu menerima kenyataan yang sudah mula meresapi pemikiran aku. Aku tak mampu lagi. Tolonglah ya Allah!! Tolonglah aku. Janganlah ini. Tolonglah aku. Jangan buat begini padaku. Yaa Allah tolonglah aku !!!!!!!!!……

“ Adik. Dengar cakap doktor ni. Sebenarnya, Dr Chamil lah yang mendermakan organnya pada adik. Sepatutnya hanya satu kornea, separuh hati, sebelah buang pinggannya sahaja.tetapi berlaku komplikasi semasa pembedahan dilakukan. Kami minta maaf adik. Kami minta maaf Dr Chamil telah meninggal dunia semasa pemindahan organ dilakukan. Sememangnya setiap pembedahan membawa risiko kematian yang sangat tipis. Dan Dr Chamil berpesan agar memberikan kesemuanya pada adik sekiranya perkara seperti itu berlaku. Kami minta maaf adik kehilangan dia. Kami benar-benar minta maaf” Seorang doktor cuba memberi penjelasan padaku..

“ABG MIL!!!!!!”

Aku meraung sekuat hatiku. Saat itu aku rasa hidupku gelap. Langit umpama runtuh di atasku. Jantungku umpama berhenti berdenyut. Aku tak mampu mengawal diriku. Kerana aku takut. Kerana aku mahu dia. Kerana aku tak sanggup kehilangan dia.